Naqi dah 9 bulan sekarang ni.. for sure.. makin nakal semenjak dia dah pandai menyiarap. Bila dah tau merangkak, tak menang tangan nak melayannya.
Thursday, January 21, 2010
Saturday, November 14, 2009
Naqi kene 'grounded'
Buat pertama kalinya Naqi merosakkan harta benda; laptop ibunya. Baru je mlm tadi aku berseloroh dgn Poja, membayangkan Naqi boleh merangkak dan perlu 'extra precaution'.
Belum sempat merangkak, Naqi telah cabutkan wayar laptop yang mana pada ketika itu Thinkpad X200 sedang dalam keadaan 'sleep mode'. 'Power on' tapi tak baca 'hardisk'. Aku dah 'suspect' 'motherboard' rosak sebab pernah mengalaminya ketika belajar dulu.
Terpaksalah pinjam laptop Kak Jaja buat sementara waktu. Setelah diperiksa di web lenovo, 'motherboard' model ini akan rosak jika berlaku 'incident' seperti kami. Nasib baikla ada 'interner browser' dlm Wii.
Siapa bersalah? Aku bersalah sebab biarkan Naqi bersendirian di ruang tamu. Poja merasa bersalah sebab letakkan laptop dalam keadaan 'sleep mode'. Cuma Naqi je selamba......
"Naqi, you are grounded"

Friday, October 30, 2009
Demam Lagi
Dah seminggu Naqi demam. Bukannya sepanjang masa, tapi 'on-off'. Paling kerap pun tgh mlm. Kesian dgn Naqi yg tak sedap badan dan ibu yg perlukan tidur yg cukup.
Dua mlm lepas, Kak Ann dtg rumah utk periksa Naqi. Kami cuma mintak pendapat dia melalui telefon je tapi dia nak jugak dtg untuk kepastian. Petang tu suhu dia 39.1 celcius; memang panas.Aku tuapkan kepala dia dgn kain lembab pun tak turun2. Kesian aku tgh si kecik ni lemah dan tak ceria mcm biasa.
Alhamdulillah Kak Ann ckp Naqi demam biasa je; takde 'lung infection', meninggitis atau alergy. Kami dinasihatkan bagi Naqi minum byk air kosong dan 'Nurofen'. Jam 9 mlm (dan masa tu Kak Ann masih lagi ada dirumah dgn pelbagai cerita) tetiba dengar suara Naqi 'bercakap', menandakan dia dah pulih. Matanya terbukak luas dan kakinya pulak tak berhenti menendang.
Sekarang ni (tgh hari) Naqi demam semula tapi tak sepanas sebelum ni. Cuma dia perlukan perhatian dan mintak didukung. Tak dapatlah aku masak tengah hari untuk Azmi. Mudah-mudahan Naqi sihat memandangkan aku ada banyak order mkn mlm hari ni; Nasi Goreng Pattaya.

Thursday, October 22, 2009
Salah ke guna perkataan 'cheers'?
Mengikut kamus Oxford,
cheers [tʃɪəz]
sentence substitute Informal chiefly Brit
- a drinking toast
- goodbye! cheerio
- thanks!
Salahke kalau aku guna perkataan cheers pada kata penutup disetiap email? Mungkin ada yang terasa dan salah anggap yang cheers hanya lah untuk toast arak. Padahal aku tak bermaksud kemudian pun.
Aku rasa aku gunakan perkataan cheers kpd orang tertentu je bagi mengelakkan orang memandang serong. Demi menjaga hati org ramai.
Monday, October 19, 2009
Naqi buat suspen
Malam tadi merupakan malam yang tak boleh dilupakan sampai bila2. Kenangan kami bertiga di Belfast.
Sedang seronok kami makan malam dan Naqi minum susunya, tiba2 si kecik terbatuk-batuk dengan kuat dan seperti susah nak bernafas. Kemudian kepalanya layu macam pengsan. Siapa tak cuak? Poja seperti nak menjerit (mungkin dia pun nak pengsan gak). Apabila aku cuba nak angkat Naqi, dia berdengkur. Kami berdua saling berpandang dan ketawa. Lega rasanya tapi 'make sure' dia tu bernafas.
Malam jam 2 pagi Naqi merengek semacam. Takkan la tak cukup aku bagi susu jam 1 pagi tadi. Aku bagi la susunya yang tak habis dan masih lagi panas (simpan dalam termos bag). Terasa badannya panas giler.. Poja tuapkan tuala basah atas dahinya. Cepat betul kain tu kering menandakan betapa panasnya Naqi. Termometer berbunyi dan menandakan suhu Naqi 38.3 darjah celcius. Aku basahkan tuala dan lap badan dan juga seluruh kepalanya. Entah sampai pukul berapa aku buat rutin tu sehingga suhunya kurang sikit.

Friday, October 16, 2009
Kereta kene pecah
Buat pertama kalinya dlm sejarah hidup aku, kereta sendiri dipecah. Nasib baik la tingkap tak dipecahkan. Aku suspect dia kuil dgn dawai utk bukak pintu. Apa la yang ada kat kereta buruk aku tu? Buang karen je selongkar. Alhamdulillah takde apa yang hilang.
Disebabkan dia frust tiada hasil, maka dipatahkan wing mirror aku. Dah la wing mirror tu dah 2 kali kene gam. Pertama dan kedua disebabkan orang mabuk. Apa la nak jadi ngan kereta aku ni. Sabor je lah.

Hidung sumbat
Pelik tapi benar. Walaupun hidung kami tersumbat disebabkan selsema, kami boleh terbau 'khazanah' Naqi. Baunya boleh menyengat kedalam kepala..
Wednesday, October 14, 2009
Hari pertama berniaga
Hari ini merupakan hari pertama aku masak takeaway untuk makan malam. Walaupun pesanan cuma 6 bungkus sahaja, bagi aku cukup puas. Biar la perlahan-lahan. Tak la aku terkejut nak masak bilangan yang banyak (tak termasuk masak untuk jamuan open house).
Menunya adalah nasi putih bersama kari ayam dan sayur campur. Harga GBP3. Adalah untung sikit dan dibahagikan kepada rakan kongsi. Mungkin disebabkan menunya tu takde 'UMPH'!!!, kurang dapat sambutan. Nampaknya perlu rancang strategi lain pulak.
Masak untuk bilangan yang kecil sebenarnya tak la penat, tetapi melayan Naqi tu menjadi kelam-kabut sikit. Si kecik ni macam tau je yang ayahnya nak masak untuk orang. Kalau masak untuk keluarga, takde pulak dia buat hal. Aku mula sahaja masak, dia pun mula merengek, mintak dokong, menyanyi dan bercerita. Nasib baik la ada Omar (anak kawan - aku babysit for couple weeks) yang boleh layan dia sekejap.
Sepuluh minit sebelum 5 ptg, aku dah siap masak. Rasa seronok selepas makanan dihantar.

Tuesday, October 13, 2009
Babysitting
Hari ini hari pertama aku babysitting anak Ramzan, Omar. Pertama kali aku menjaga anak orang (tidak termasuk sepupu-sepapat dan anak buah). Umur 4 tahun dan bersekolah di St. Bride. Waktu sekolah sepatutnya habis jam 3 ptg tetapi memandangkan dia baru sahaja masuk, secara perlahan waktu pulang dilewatkan setengah jam setiap minggu sehinggalah ke waktu yang sepatutnya. Buat masa ini dia pulang jam 11:30pagi.
Dengan sistem ini kanak-kanak tidak la merasa 'culture shock' memandangkan usia masuk ke alam persekolahan adalah 4 tahun. Kalau tak silap aku pengambilan ke P1 (primary one) adalah pada bulan Julai. Pelik bukan?
Menjaga Omar tak la susah memandangkan dia sudah faham arahan. Sudah tentu Naqi pun suka ada orang melayannya dan Omar inginkan adik.

Monday, October 12, 2009
Pegang sendiri :)
Naqi telah membuat rekod baru hari ini - memegang botol susu dengan tangannya sendiri sehingga habis susunya. Sebelum ini dia hanya mampu pegang botol samaada pada permulaan atau penghujung sesi minum susu. Mungkin disebabkan botolnya yang berat.
Alhamdulillah, berbaloi juga akhirnya usaha kami mengajarnya dengan penuh kesabaran dan konsisten. Rasa seronok melihat anak sendiri pegang botol. Seperti dia boleh berdikari. Cepat anak ayah membesar.

Saturday, October 10, 2009
Belfast - London - Birmingham (30th Sept - 5th Oct)
Pertama kalinya kami menjejak kaki di kota London (tak termasuk kami transit di Heathrow untuk ke Belfast pada awal tahun ni). Nasib baik lah tiket Ryanair murah GBP 1 utk dewasa tetapi GBP20 utk bayi. Pegi balik tak sampai GBP50. Kira murah jugak tu.
Ingin juga tahu mcm mana perasaan di kota yang amat terkenal ini. Tapi objektif utama ke London adalah buat surat beranak dan juga pasport Naqi. Berdebar-debar juga rasanya, sejak melangkah keluar awal pagi jam 5 pagi dari rumah walaupun kelopak mata ni berat. Alhamdulillah Naqi tak meragam.
Hari Pertama

Sedapnyeerrr..
5 minit lagi tiba di Stanstead Airport
Nak amik keretapi ke Kota London
Amik tube ke Belgrave Square
Alamak ai.. mana jalannye ni sayang?
Dah jumpa pun Kedutaan Malaysia.. Lega..
Lebih kurang sejam untuk kami siapkan permohonan surat beranak dan juga pasport. Bila dah habis awal (11 pagi), banyak la masa yang terluang dan pasport hanya boleh diambil pd jam 3:30 ptg. Poja pun teringin nak cari Nandos.
Nasib baik la jumpa di 63 Westbourne Grove (http://www.zabihah.com/ds.php?id=992). Itu pun selepas sejam mencari dgn bas dan berjalan kaki. Poja dah hampir give-up. Bila dah jumpa, melantak 2 round.. Sabar je lah
Jumpa jugak akhirnya...
Tak ingat apa menu ni sebab dah lapar sangat
Jangan lupa bagi anak sendiri makan..
Selepas selesai ambil pasport, kami bergegas pulang. Dah letih sangat cuma ingat nak tidur je.. Kami menetap di Rumah Yayasan Sarawak. Rasanya tak ada yayasan negeri lain yang ada rumah di London. Dewasa GBP15 dan kanak-kanak GBP5 sehari. Memang selesa rasa dirumah sendiri. Bilik air dan dapur kongsi.
Hari ke-2
Kita nak pegi mana ni, Ayah?
Madam Tussauds
Mcm betul je bergamba ngan org diRaja.
amik ko.. kan dah kene tunjal mata tu..
Lamanye termenung.. tipu je tu..
kalau la Obama nak bergamba ngan aku..
Oxford Street.. Shopping heaven
Hari ke-3
Changing Guard Ceremony
Nasib baik ada pram
Big Ben dan bangunan Parlimen
Eye of London
Dpt juga jumpa restoran masakan Malaysia
Makan lagi.. takde kat Belfast ni (Subway Halal)
Hari ke-4
Bertolak 10:30 pagi dari Victoria Coach Station dan tiba di Birmingham jam 1:15 ptg. Setiba je di bandar Birm, rasa pelik tempatnya, mcm bercelaru sikit dgn conteng2 di dinding. Kalau di Belfast banyak 'mural'. Bilangan penduduk Birm dari Asia Barat dan Asia Tengah pun boleh dikatakan ramai. Pelajar Malaysia pun boleh tahan tak seperti Belfast.
Setiba di Birmingham, kami pergi dua buah rumah terbuka.. Pastu rehat rumah Wandy dan Mimah.. So takde aktiviti menarik..
Betolak ke Birmingham
Hari ke-5
Acara wajib - Carboot
Bull Ring
Bull Ring Shopping Centre.
Takde apa yang menarik sangat Birmingham ni. Rasa best lagi Belfast. Tak puas lagi nak ronda-ronda London. Ada banyak tempat lain lagi nak pegi sebenarnya seperti muzium dan galeri seni. Takpe.. ada masa lagi disini. Insyaallah, akan pergi lagi kalau ada rezeki.
Friday, October 09, 2009
Demam
Sejak semalam lagi Poja dan Naqi demam dan selsema. Mungkin demam nak masuk winter kot. Dalam hati ada perasaan risau takut2 terkena selsema babi sejak balik dari London. Harap kedua-duanya ok.
Nasib baik Naqi ada lagi Paracetamol. Alhamdulillah dia suka makan ubat tu. Poja ambil ubat yang sama tapi dos yang lebih kuat berjenama Lemsit. Sememangnya kuat sehinggakan sakit2 tulang belakang dan terus dtg bulan. :D
Monday, September 28, 2009
Kurus?
Nampaknya berat badan Naqi dah semakin susut semenjak dia boleh meniarap. Paling ketara adalah pipinya.. kurang tembam lagi :(.. so kurang cute la..
Nanti aku add gambo sebelum dan selepas..

Sunday, September 27, 2009
Rumah Terbuka
Lega rasanya setelah bertungkus-lumus menganjurkan rumah terbuka rumah hari raya kami hari ini dari jam 2:30ptg hingga 8:00 mlm. Untuk kelainan, kami menyediakan menu istimewa - Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Hidangan sampingan pun ada; kek lapis keju, popiah goreng, jajan popiah salji, nasi impit bersama rendang (sumbangan Kak Zila) dan nuget ayam (sumbangan Kak Jaja).
Kami gunakan 3 'paste' (jumlah dlm 900 grm) yg memerlukan sebanyak 6 liter air dan 2 liter santan. Seperti yang di jangka, laksa kami habis dlm masa 3 jam. Apa taknya ada yang bertambah sehingga 3 kali. Mak pun dah pesan "jaga-jaga sikit hidang laksa sarawak, nanti cepat habis".
Sebab itulah kami sediakan Mee Kolok sebagai back-up. Sup daging pekat kami dah siap cuma tunggu tambah air je. Itu pun kami terpaksa buat sup daging sekali lagi dlm satu liter setengah. Nasib baik la ada daging lagi.
Alhamdulillah, semua lauk habis dan tak ada yang dibazirkan. Dalam kegembiraan hari ini, kami amat sedih kerana 'SATU GAMBA PUN TAKDE'!!!!.. Sabo je lah..

Friday, September 25, 2009
Kesian Naqiku Sayang
Alahai kesiannya Naqi, demam rupanya. Asyik merengek, mintak dukung dan muntah2. Dr Saiful pun pernah pesan, seeloknya demam dalam usia dia dlm 4 bulan supaya sistem pertahanan badan makin kuat.
Dalam hati rasa sebak dengan keadaan Naqi. Kebetulan jugak aku sibuk dengan projek seribu cucuk satay. Rasa bersalah pulak sebab tak menjalankan tugas sebagai ayah.. Sorry Naqi..

Wednesday, September 23, 2009
Guling... Menyiarap
Aidilfitri tahun ini kami terima hadiah istimewa dari Naqi.. Setelah sebulan setengah kami melatih dia guling dan meniarap, akhirnya dia berjaya melakukannya dengan sendiri.
Mak bapak siapalah tak gembira dengan perkembangan anaknya sendiri. :D. Cuma dia tak boleh baring semula dengan sendiri. Kesiannye sampaikan keluar hingus dan tak perlu kami paksa dia hembus hingus selsemanya..hehehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)