Showing posts with label naqi. Show all posts
Showing posts with label naqi. Show all posts

Friday, October 16, 2009

Hidung sumbat

Pelik tapi benar. Walaupun hidung kami tersumbat disebabkan selsema, kami boleh terbau 'khazanah' Naqi. Baunya boleh menyengat kedalam kepala..

Wednesday, September 23, 2009

Guling... Menyiarap

Aidilfitri tahun ini kami terima hadiah istimewa dari Naqi.. Setelah sebulan setengah kami melatih dia guling dan meniarap, akhirnya dia berjaya melakukannya dengan sendiri.

Mak bapak siapalah tak gembira dengan perkembangan anaknya sendiri. :D. Cuma dia tak boleh baring semula dengan sendiri. Kesiannye sampaikan keluar hingus dan tak perlu kami paksa dia hembus hingus selsemanya..hehehehe

Wednesday, September 09, 2009

Hancingnyeeerrr....

Sejak Naqi mula makan 'solid food', lampin dia mesti bau hancing (jawa kata 'pesing' tapi dlm bahasa melanau 'sengit').

Kalau buka selimut dia, semerbak menyengat macam org dewasa. Ye lah.. anak sedang membesar dan selera makan pun makin bertambah.

Tuesday, September 01, 2009

Sky Diving

Hhhmmm.. cita-cita ayah nak Naqi belajar sky diving.. hehehe.. ayah nye pulak berlebih2

Memang seronok tgk Naqi buat aksi sky diving, tapi tangan ni lenguh mengangkat beban 7 kilo..

Thursday, August 27, 2009

Kenyangnye

Pertama kali aku buat bubur nasi untuk Naqi. Sebelum ni bagi biskut 'Farley'. Tapi diberi amaran oleh 'health visitor' supaya jgn bagi makanan tersebut sebab ada gula.



Kandungan gula tiruan amat timggi untuk bayi. Walaupun dikatakan 'less sugar', kuantitinya masih lagi blh dipertikaikan. Apabila baby dah biasa sgt mkn manis, dikhuatiri nanti tak nak makan sayur dah buah. Untuk kebaikan Naqi, kene lah berkorban masa buat bubur dan lebihan tu simpan dlm peti ais utk esok.

Tak sempat nak ambik gamba bubur, cuma ada selepas mkn. Puas betul dia lahap.. nyenyak tido lepas tu..kenyang sgt kot. Bangun sekejap.. merengek sikit.. pastu sambung tidur balik..dan berulang.

Wednesday, August 19, 2009

Alif Ba Ta

Naqi suka Alif Ba Ta ye? Terbahak2 si kecik ni..



Monday, August 17, 2009

Ubat




Ini lah ubat tidur Naqi, PUTING!!!! Tak sah kalau takde benda ni untuk tidur. Nasib baik utk tidur siang je. Tapi kalau tak bagi bande ni, Naqi jolok jari dia sampai muntah.

Risau pulak nanti si kecik ni dah terbiasa dgn puting. Org kata nanti gigi anak jongang.



Kalau nak kan dia tidur siang tanpa puting, kene lah dodoikan dgn menyanyi, berzikir. Tapi Naqi 'nap' dlm setengah jam je..

Tgh cari tip-tip hilangkan gian puting.

Tuesday, July 28, 2009

Kenapa Naqi menangis?

Ntah kenapa Naqi menangis dengan tiba-tiba sesaat membuka mata setelah setengah jam tidur siang. Suaranya memecah sunyi. Buat aku terkejut kerana leka dengan ber 'Facebook'.

Bila diangkat, dipujuk, barulah dia diam. Tapi menangis semula setelah baringkan dia.

Solution seterusnya, aku bagi susu. Dia mula diam.

"Alhamdulillah, lega rasanya"

Bila aku tanya "kenapa Naqi nangis tadi?". Maka berkumandanglah semula suaranya yang cukup kuat sehingga teresak-esak.

Solution ketiga, aku call ibunya. Maka diamlah dia dengan mendengar suara ibunya yang merdu. Bukan apa.. ibunya di sekolah.

Maka bersambunglah semula episod menghabiskan susunya sebanyak 120ml. Diamlah dia sehingga habis susunya. Dia tersenyum lebar dan ketawa..

Adakah ini drama? Atau sengaja nak menguji kesabaran aku. Buat aku keliru budak ni.

Wednesday, July 22, 2009

Ops.. tak sakit

Hari ni genap Naqi berumur 3 bulan (kalau diikutkan tarikh lahir). Dia baru saje kene vaccination buat kali kedua di University Health Centre.

Ramai jugak budak yg nak kene cucuk. India ada, mat salleh ada, mcm2 ada.

"Uih, besar gak perut minah india tu, mat salleh kat belakang pun sama. Mcm baru lepas beranak je" Poja berbisik. Mentang2 lah perut dia dah kurus. Berkat berpantang Jawa. :D

Tiba giliran Naqi. Beratnya 6.25kg, ukur lilit kepala 43.5cm (besar jugak). Masa yg dinantikan tiba.

"One, two, three". Doktor dan midwife masing2 cucuk kiri dan kanan Naqi.

Menangis tak Naqi? Sudah tentu. Tapi sekejap je selepas kami kata dia good boy, strong boy. Lepas tu, mcm takde pape pulak. Naqi senyum.