Kerja yang perlu kesabaran dan ketahanan hidung adalah, tukar lampin anak. Sebenarnya tak la sukar cuma perlu ada persiapan lengkap dan teknik supaya tak la menjadi bebanan kepada kita sebagai ibu bapa.
Masa yg diambil adalah 5-10 minit bergantung dgn kepekatan dan kuantiti 'khazanah'.
Perkakas yg perlu utk menukar lampin adalah (sprt dlm gambar di bawah):
1. 'Changing Mat
2. Tisu
3. Air masak
4. Lampin
5. Kapas

'Changing Mat' - mana lah tau nanti anak kita tiba2 bagi 'hadiah', tak la jenuh nak membasuh. Kalau dikedai harganya tak sampai RM10.
Tisu - digunakan untuk lap najis besar sebelum lap dengan kapas. Penting juga utk mengeringkan kawasan 'nappy' utk mengelakkan ruam. Aku gunakan tisu tanda sebab lebih jimat lagi berbanding tisu muka. Ala.. setakat lap najis...Harga 50 sen.
Air masak - Penting untuk mengelakkan jangkitan. Ini adalah pesanan mak dan juga bidan. Harga - anggap la free. :)
Kapas - dibasahkan dgn air masak dan lapkan kawasan ehem.... yak!! Harga - RM2.
Lampin - amat penting bagi menakung 'khazanah' yg harum.. Harga - RM50 sepeket..
Sebolehnya elakkan gunakan 'baby wipe' di rumah yang banyak dijual dipasaran (johnson & johnson, huggies, tesco dsb) sebab kulit bayi adalah sensitif dan boleh mengakibatkan ruam. Tisu tersebut agak kasar kalau dibandingkan dengan kapas. Aku dah beli satu dozen 'baby wipe'sebelum Naqi lahir.. hhhmmm.. mahal gak beli... tapi gunakan masa 'travel' je. Beli yang murah je dan jgn bazir beli yg mahal sebab sama je fungsinya. Tak la memberi kesan bontot anak kita jadi putih.. cuma wangi je lebih.. kalau dah berak?? tarik hidung, ciumlah sendiri..
Bidan tak galakkan pakai bedak pada kawasan 'nappy' sebaliknya gunakan losyen sebagai pelembap. Tapi Naqi tak gunakan apa2 pun.
Utk mengelakkan anak kita merengek atau menangis semasa menukar lampin, seeloknya buat sesuatu (bercakap atau menyanyi) atau bagi sesuatu (mainan, susu, puting).
Setkan dlm fikiran kita yg lampin perlu ditukar dgn segera utk mengelakkan ruam pd kawasan 'nappy'. Sebab bila dia dah kena ruam, lagi susah lah kerja kita. Dengan ini takdela masalah giliran siapa sampai bergaduh. Anak kita tu.. bukan org lain. Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa.