Saturday, August 22, 2009

Perempuan!!!


Awal pagi tadi adik aku (Yen) call. Ingatkan ada 'emergency' dari rumah. Rupanya ada berita yg menggembirakan; dia disahkan dpt seorg anak perempuan setelah buat scanning di subang.. Tak percaya.. wedok!!! (dlm bhs jawa bermaksud perempuan) :D..

Maka pecahlah tradisi dominan lelaki dalam keluarga. Apa taknye, 7 adik-beradik lelaki dan cucu pertama adalah lelaki. Bukan itu sahaja, puteri yg bakal dilahirkan ini juga merupakan cucu perempuan pertama keluarga Nora (adik ipar). Jgn berebut dah la ek? Usung ke Johor dan Selangor.



Kejutan ini diterima oleh mak bapak semasa buka puasa hari pertama. Dan Februari tahun depan mak akan bersara.. Ya Allah.. berkat Ramadhan. Sememangnya dpt lihat wajah gembira mak bapak. Mereka tak mengharap cucu perempuan. Berserah pada Allah. Mak takut kalau mengharap, nanti Allah akan bagi ujian yang lebih seperti kawannya.

Semoga Yen dan Nora dikurniakan seorg puteri yang solehah dan cantik.

1 comment:

umaisagu said...

Tahniah buat yen dan nora.. gitu gak ngan bapak mak yg menginginkan cucu wedok.. Syukur Alhamdullilah.. kitorang pun tumpang gumbira..