Dah lama pulak tak update blog memandangkan terlampau sibuk.. Terutamanya persiapan raya. Ini adalah kali pertama kami beraya bertiga dan juga berjauhan dari keluarga tercinta.
Pertama kalinya juga kami melakukan persiapan hari raya dengan sendiri. Rendang daging, kuah satay, pulut kuning dan kek lapis. Nasi impit mintak dari Abang Lan (tukar juadah... strategi malas buat nasi impit sebenarnya). Rasa rindu pulak gotong-royong dengan keluarga. Kek lapis diserahkan kepada Poja.. kesian.. sampai migrain dibuatnya sebab sebelum ni dia setakat pembantu Kak Tona yg rajin buat kek.
Suasana hari raya di Belfast tidaklah semeriah tanahair. Cuma kami bernasib baik kerana komuniti kami yang kecik ini sangat rapat. Sudah tentu ziarah-menziarah sebagai satu amalan biasa yg tidak blh diluputkan. Duit raya sahaja takde tapi bagi aku lagi bagus sebab tak membebankan kita dan ekonomi pun tak menentu sekarang ni. Lagipun kebannyakkan komuniti ni pelajar...so paham2 je la ek.
Dengan ini kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat mak, bapak, adik beradik sekeluarga, sahabat handai, muslimin dan muslimat. Mohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan secara sengaja mahupun tidak.
No comments:
Post a Comment