Thursday, July 30, 2009

Atuk... Buyut

Terkejut betul bila Atuk 'skype' ngan kami. Tak sangka pulak. Rasa macam nak menangis sebab ini kali pertama tgk atuk selepas tiba di Belfast. Sayang dan kesian dengan dia. Umurnya sudah mencecah 90 keatas dengan kesihatan yang teruk.

Ini juga kali pertama Naqi melihat wajah buyut dan kali pertama buyut melihat Naqi secara langsung. Dapatku lihat wajah keriangan atuk melihat cicitnya yang sudah 3 bulan.

"Lemu ney" kata atuk dalam bahasa jawa. Maksudnya, "gemuknye".

Sudahku jangka yang atuk akan cakap mcm tu.


No comments: