Tuesday, July 28, 2009

Kenapa Naqi menangis?

Ntah kenapa Naqi menangis dengan tiba-tiba sesaat membuka mata setelah setengah jam tidur siang. Suaranya memecah sunyi. Buat aku terkejut kerana leka dengan ber 'Facebook'.

Bila diangkat, dipujuk, barulah dia diam. Tapi menangis semula setelah baringkan dia.

Solution seterusnya, aku bagi susu. Dia mula diam.

"Alhamdulillah, lega rasanya"

Bila aku tanya "kenapa Naqi nangis tadi?". Maka berkumandanglah semula suaranya yang cukup kuat sehingga teresak-esak.

Solution ketiga, aku call ibunya. Maka diamlah dia dengan mendengar suara ibunya yang merdu. Bukan apa.. ibunya di sekolah.

Maka bersambunglah semula episod menghabiskan susunya sebanyak 120ml. Diamlah dia sehingga habis susunya. Dia tersenyum lebar dan ketawa..

Adakah ini drama? Atau sengaja nak menguji kesabaran aku. Buat aku keliru budak ni.

No comments: