Friday, September 15, 2006

Soya

Sapa tak kenal soya. Memang kegemaran aku. Boleh dikatakan aku ni gila soya dan fanatik soya. Yang paling aku minat air soya. Bukan apa.. senang masuk.. tak payah nak kunyah (pemalasnyer)..

Kacang soya kaya dengan sumber protein (2x dardan merupakan makanan seimbang paling baik. Disamping harganya yang murah berbanding dengan daging, susu dan telur, so kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin. Jadi tak perlu la bimbang dengan pengambilan diet seimbang memandangkan harga barang masa kini semakin meningkat. Soya adalah pilihan yang bijak.

Bagi bayi yang alah kepada susu, air soya boleh dijadikan sebagai pengganti. Protein soya dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan juga kanser.


Kepada sesiapa yang mementingkan penjagaan kulit, soya mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

Produk soya boleh didapati dalam perbagai bentuk samaada air, tauhu, taufu dan juga tempe. Kandungan lemak yang rendah berbanding dengan susu, soya sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit jantung dan juga kencing manis.

Aku sendiri mengamalkan diet pengambilan soya. Selain dapat menurunkan berat badan secara semulajadi, soya dapat memberi tenaga. Air soya kegemaran aku, V-Soy yg merupakan produk daripada Thailand.. Sememangnya lebih sedap berbanding soya yang pernah aku rasa. V-Soy




















Soya mempunyai 'artificial' hormon 'estrogen', jadi lelaki tidak digalakkan mengambil soya dengan kadar yang berlebihan.. takut2 nanti jadi 'sotong'.