Friday, July 31, 2009

Selsema...

Awal pagi tadi dlm jam 2 pagi, Naqi dah mula selsema. Kesian tgk dia susah nak minum susu dan bernafas.

Harap dengan ubat demam ni dpt kurangkan sikit selsema si kecik ni.Lucu tgk dia lalok..

Thursday, July 30, 2009

Atuk... Buyut

Terkejut betul bila Atuk 'skype' ngan kami. Tak sangka pulak. Rasa macam nak menangis sebab ini kali pertama tgk atuk selepas tiba di Belfast. Sayang dan kesian dengan dia. Umurnya sudah mencecah 90 keatas dengan kesihatan yang teruk.

Ini juga kali pertama Naqi melihat wajah buyut dan kali pertama buyut melihat Naqi secara langsung. Dapatku lihat wajah keriangan atuk melihat cicitnya yang sudah 3 bulan.

"Lemu ney" kata atuk dalam bahasa jawa. Maksudnya, "gemuknye".

Sudahku jangka yang atuk akan cakap mcm tu.


Waaa...

Sebaik sahaja Ibunya pergi ke sekolah, Naqi menangis. Macam tau2 je yang ibunye dah keluar. Nasib baik si kecik boleh diam.

Matanya buka dengan seluasnya. Dan mungkin dalam fikirannya "Masa untuk main!!!"

Wednesday, July 29, 2009

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi yang ke-30 buat isteri tercinta. Nurfauza Jali.

Balik kampung naik perahu,
Naik perahu dengan isteri tercinta,
Cepat sungguh masa berlalu,
Tak sedar zaman 30-an menjelma.

Tuesday, July 28, 2009

Oh Ibu

Oh Ibu Oh Ibu! mana Ibu
Lama sudah Naqi menanti nakkan susu

Oh Ibu Oh Ibu! cepatlah pulang
Perut Naqi meragam, tak tahan

Ini lah lagi aku nyanyikan untuk menenangkan Naqi yg menangis hendakkan susu ibunya.

Kenapa Naqi menangis?

Ntah kenapa Naqi menangis dengan tiba-tiba sesaat membuka mata setelah setengah jam tidur siang. Suaranya memecah sunyi. Buat aku terkejut kerana leka dengan ber 'Facebook'.

Bila diangkat, dipujuk, barulah dia diam. Tapi menangis semula setelah baringkan dia.

Solution seterusnya, aku bagi susu. Dia mula diam.

"Alhamdulillah, lega rasanya"

Bila aku tanya "kenapa Naqi nangis tadi?". Maka berkumandanglah semula suaranya yang cukup kuat sehingga teresak-esak.

Solution ketiga, aku call ibunya. Maka diamlah dia dengan mendengar suara ibunya yang merdu. Bukan apa.. ibunya di sekolah.

Maka bersambunglah semula episod menghabiskan susunya sebanyak 120ml. Diamlah dia sehingga habis susunya. Dia tersenyum lebar dan ketawa..

Adakah ini drama? Atau sengaja nak menguji kesabaran aku. Buat aku keliru budak ni.

Wednesday, July 22, 2009

Ops.. tak sakit

Hari ni genap Naqi berumur 3 bulan (kalau diikutkan tarikh lahir). Dia baru saje kene vaccination buat kali kedua di University Health Centre.

Ramai jugak budak yg nak kene cucuk. India ada, mat salleh ada, mcm2 ada.

"Uih, besar gak perut minah india tu, mat salleh kat belakang pun sama. Mcm baru lepas beranak je" Poja berbisik. Mentang2 lah perut dia dah kurus. Berkat berpantang Jawa. :D

Tiba giliran Naqi. Beratnya 6.25kg, ukur lilit kepala 43.5cm (besar jugak). Masa yg dinantikan tiba.

"One, two, three". Doktor dan midwife masing2 cucuk kiri dan kanan Naqi.

Menangis tak Naqi? Sudah tentu. Tapi sekejap je selepas kami kata dia good boy, strong boy. Lepas tu, mcm takde pape pulak. Naqi senyum.

Friday, July 17, 2009

Usb Phone

Baru saja 3 hari aku pulangkan laptop kepada Abg Jamil, dia call semula. Risau gak, takut ada masalah dengan laptopnya setelah aku kerjakan.

Rupa2nya dia ada masalah nak gunakan usb phone jenis Philips. Sebenarnya secara sespontan je aku katakan yang dia perlu gunakan usb microphone. Rupa2nya betul. Bengong betul Vista nih.

Tak la susah sangat nak configure usb phone tu. Cuma perlu tentukan jenis mic dan speaker pada program Voip.

Wednesday, July 15, 2009

Vista menyusahkan



Dah lama aku tak baiki komputer. Ambik masa yang lama jugak nak repair. Yang paling menyampah adalah Vista. Cukup tak berkenan aku dibuatnye dan menyusahkan pengguna.

Semalam baru saje selesai tolong member repair Dell Inspiron 6400. XP diupgrade ke Vista. Masalahnya audio input tak berfungsi. Macam2 cara aku dah buat termasuk ubah regedit, add new hardware, install driver etc. Tapi semua tak jalan. Bila aku go through forum dgn audio input ni, memang Vista ni menyegalkan umat manusia. Dell pulak yg bengangnye tak support lagi dah audio input Sigmatel.

Akhirnya aku dah give-up dan penyelesaiannya adalah gunakan usb microphone. Anyway aku puas hati dengan apa yang aku buat semalam. Latih semula kemahiran aku yang tak seberapa. :D


Tuesday, July 14, 2009

Bila Naqi sebut 'ayah'

Memang terperanjat bila buat pertama kalinye Naqi sebut 'ayah'. Kesian ibu. Tak tau samaada dengan sengaja atau tidak. Mungkin dengan tidak sengaja sebab dia cuba sebut sekali. Lagipun sekarang ni dia baru je 12 minggu..

Tak sabar rasanya dia akan sebut 'ayah' lagi.