Thursday, August 27, 2009

Kenyangnye

Pertama kali aku buat bubur nasi untuk Naqi. Sebelum ni bagi biskut 'Farley'. Tapi diberi amaran oleh 'health visitor' supaya jgn bagi makanan tersebut sebab ada gula.



Kandungan gula tiruan amat timggi untuk bayi. Walaupun dikatakan 'less sugar', kuantitinya masih lagi blh dipertikaikan. Apabila baby dah biasa sgt mkn manis, dikhuatiri nanti tak nak makan sayur dah buah. Untuk kebaikan Naqi, kene lah berkorban masa buat bubur dan lebihan tu simpan dlm peti ais utk esok.

Tak sempat nak ambik gamba bubur, cuma ada selepas mkn. Puas betul dia lahap.. nyenyak tido lepas tu..kenyang sgt kot. Bangun sekejap.. merengek sikit.. pastu sambung tidur balik..dan berulang.

Sunday, August 23, 2009

Gaduh pagi buta

15 minit selepas kami solat subuh, tetiba ada bunyi org bergaduh kat luar. Rupa2nya couple tgh 'argue' pasal relationship. Lucu gak tgk.. dialog mcm dlm movie

Saturday, August 22, 2009

Perempuan!!!


Awal pagi tadi adik aku (Yen) call. Ingatkan ada 'emergency' dari rumah. Rupanya ada berita yg menggembirakan; dia disahkan dpt seorg anak perempuan setelah buat scanning di subang.. Tak percaya.. wedok!!! (dlm bhs jawa bermaksud perempuan) :D..

Maka pecahlah tradisi dominan lelaki dalam keluarga. Apa taknye, 7 adik-beradik lelaki dan cucu pertama adalah lelaki. Bukan itu sahaja, puteri yg bakal dilahirkan ini juga merupakan cucu perempuan pertama keluarga Nora (adik ipar). Jgn berebut dah la ek? Usung ke Johor dan Selangor.



Kejutan ini diterima oleh mak bapak semasa buka puasa hari pertama. Dan Februari tahun depan mak akan bersara.. Ya Allah.. berkat Ramadhan. Sememangnya dpt lihat wajah gembira mak bapak. Mereka tak mengharap cucu perempuan. Berserah pada Allah. Mak takut kalau mengharap, nanti Allah akan bagi ujian yang lebih seperti kawannya.

Semoga Yen dan Nora dikurniakan seorg puteri yang solehah dan cantik.

300ml??

Entah kenapa tetiba je Naqi nak minum 300 ml dlm tempoh sejam sejak semalam. Mula2 bagi 120... tak sampai sejam nak lagi 180.. pastu 120 dan terus berulang.. Kat mana dia simpan susu tu? Aku pun tak tau. Lampin cepat penuh..

Nasib baik mlm tak mcm tu. Ini pun bekalan dan nak habis. Nampaknya aku kene beli 'for hungrier baby'. Tgk dulu apa kesannya.

Kencing

Dgn muka selamba, Naqi kencing ke muka ibunya buat pertama kali.. Aduuuhhh... Nasib baik tak masuk mulut. Mesti ada rasa suam2 kan? hehehehehe.

Friday, August 21, 2009

Berita baik puasa pertama

Alhamdulillah. Berkat Ramadhan pada tahun ini, hati isteriku terbuka untuk memakai tudung. Semoga beliau diberkati Allah SWT dan diberi kekuatan mengikuti ajaranNya.

Terima kasih sayang. Ringan sikit beban suami kamu menanggung dosa.

Selamat Berpuasa



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd semua muslimin muslimat... Belfast dah mula puasa hari ni. Itu pun selepas bertegang tekak samaada nak ikut anak bulan atau Mekah.. Biasalah pak arab, dia je yg bagus..

Org asia di sini mengalah je.. Yg penting dah ditetapkan tarikh.. jgn tak umum puasa dah la..

Mlm tadi dah mula solat terawih. Tak la seramai di Malaysia yg mana 1st night dah sampai tak muat masjid dan lepas tu susut. 3 imam didatang khas dari Mesir utk solat terawih. Dan buat pertama kalinya aku join terawih yg habis satu juzuk surah Al-Baqarah.. Laju betul dan tak terasa pulak sampai 20 rakaat..

Selamat Datang Ramadhan..

Wednesday, August 19, 2009

Alif Ba Ta

Naqi suka Alif Ba Ta ye? Terbahak2 si kecik ni..



Tuesday, August 18, 2009

Oh susu

Kesian Naqi tak dapat susu ibu lagi. Production very slow dan kekadang zero. Apa taknye, sekarang ni Naqi minum 200ml susu dan semakin kerap. Mana cukup ibu nak bagi sayang?

Kesian ibu sebab tak dpt hasilkan lagi seperti dulu. Tekanan belajar merupakan punca utama takde hasil. Kesian gak sebab bagi susu badan merupakan satu perasaan yg cukup unik, antara ibu dan anak.

Kesian ayah kene bgn mlm buatkan susu. Selama ini aku tidur lena dibuai mimpi indah. Sekarang kene aware dgn tangisan Naqi...

Monday, August 17, 2009

Ubat




Ini lah ubat tidur Naqi, PUTING!!!! Tak sah kalau takde benda ni untuk tidur. Nasib baik utk tidur siang je. Tapi kalau tak bagi bande ni, Naqi jolok jari dia sampai muntah.

Risau pulak nanti si kecik ni dah terbiasa dgn puting. Org kata nanti gigi anak jongang.



Kalau nak kan dia tidur siang tanpa puting, kene lah dodoikan dgn menyanyi, berzikir. Tapi Naqi 'nap' dlm setengah jam je..

Tgh cari tip-tip hilangkan gian puting.

Friday, August 14, 2009

Tak dapat kerja

Terima surat kerja semalam dari Queen's. Tak dapat la atas sebab terlampau ramai yg mintak.

Takpe lah.. bukan rezeki aku kali ni. Alhamdulillah isteri aku dipanggil untuk interview untuk post yang sama (IT Trainer & Library assistant). Doakan semoga dia dpt kerja.

Tukar Lampin

Kerja yang perlu kesabaran dan ketahanan hidung adalah, tukar lampin anak. Sebenarnya tak la sukar cuma perlu ada persiapan lengkap dan teknik supaya tak la menjadi bebanan kepada kita sebagai ibu bapa.

Masa yg diambil adalah 5-10 minit bergantung dgn kepekatan dan kuantiti 'khazanah'.

Perkakas yg perlu utk menukar lampin adalah (sprt dlm gambar di bawah):

1. 'Changing Mat
2. Tisu
3. Air masak
4. Lampin
5. Kapas



'Changing Mat' - mana lah tau nanti anak kita tiba2 bagi 'hadiah', tak la jenuh nak membasuh. Kalau dikedai harganya tak sampai RM10.

Tisu - digunakan untuk lap najis besar sebelum lap dengan kapas. Penting juga utk mengeringkan kawasan 'nappy' utk mengelakkan ruam. Aku gunakan tisu tanda sebab lebih jimat lagi berbanding tisu muka. Ala.. setakat lap najis...Harga 50 sen.

Air masak - Penting untuk mengelakkan jangkitan. Ini adalah pesanan mak dan juga bidan. Harga - anggap la free. :)

Kapas - dibasahkan dgn air masak dan lapkan kawasan ehem.... yak!! Harga - RM2.

Lampin - amat penting bagi menakung 'khazanah' yg harum.. Harga - RM50 sepeket..


Sebolehnya elakkan gunakan 'baby wipe' di rumah yang banyak dijual dipasaran (johnson & johnson, huggies, tesco dsb) sebab kulit bayi adalah sensitif dan boleh mengakibatkan ruam. Tisu tersebut agak kasar kalau dibandingkan dengan kapas. Aku dah beli satu dozen 'baby wipe'sebelum Naqi lahir.. hhhmmm.. mahal gak beli... tapi gunakan masa 'travel' je. Beli yang murah je dan jgn bazir beli yg mahal sebab sama je fungsinya. Tak la memberi kesan bontot anak kita jadi putih.. cuma wangi je lebih.. kalau dah berak?? tarik hidung, ciumlah sendiri..

Bidan tak galakkan pakai bedak pada kawasan 'nappy' sebaliknya gunakan losyen sebagai pelembap. Tapi Naqi tak gunakan apa2 pun.

Utk mengelakkan anak kita merengek atau menangis semasa menukar lampin, seeloknya buat sesuatu (bercakap atau menyanyi) atau bagi sesuatu (mainan, susu, puting).

Setkan dlm fikiran kita yg lampin perlu ditukar dgn segera utk mengelakkan ruam pd kawasan 'nappy'. Sebab bila dia dah kena ruam, lagi susah lah kerja kita. Dengan ini takdela masalah giliran siapa sampai bergaduh. Anak kita tu.. bukan org lain. Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa.

Monday, August 10, 2009

I love you - Barney

I love to watch Barney since I was in secondary school. Happy story line and simple song for children. The best song is 'I love You' that will be singing before Barney turn back to a Barney doll.




I Love You (Barney and Friends)

I love you, you love me
We are happy family
With a great big hug and a kiss from me to you
Won't you say you love me to

I love you, you love me
We're best friend like friend should be
With a great big hug and a kiss from me to you
Won't you say you love me to

Thursday, August 06, 2009

Mengajar bayi matematik




Ini adalah kali pertama video Naqi belajar Matematik. Betapa happy nya dia tgk titik-titik merah dlm slide show. Dah sebulan dia belajar teknik ini dan akan ke peringkat yang seterusnya.

Teknik ini telah dicipta oleh Glenn Doman dengan memperkenalkan bilangan titik sebelum mengenali nombor dlm numerik.



Bukan setakat matematik, kita juga boleh mengajar anak kita membaca dan juga belajar bahasa yang lain.

Tertarik dengan ungkapan (phrase) Janet Doman, Pengarah 'The Institutes for the Achievement of Human Potential'. Teaching is giving information, not testing

New Record

Naqi created his own record of finishing 180ml of formula milk in 15 minutes. He just 3 months and 3weeks. He might be very hungry as the mother had few breast milk last night. How happy he was with a big smile and few minutes later, he fell sleep on my lap.

Wednesday, August 05, 2009

Ahhh...





Akhirnya aku dapat penyelesaian ragam merengek Naqi. Letak atas sofa dan menghadap tingkap. Dia suka keluar rumah dan akan diam sehingga tertidur. Takkan la nak keluar selalu. Cuaca bukan la menentu kat Belfast ni.

Nasib baik la depan rumah ada pokok. Sekurang-kurangnya adalah alam semulajadinya.

120??



Bermula dlm minggu ini Naqi cuma blh minum susu formula seminimum 120ml . Banyak juga. Itu pun kelihatan dia nak lagi. Tapi terpaksa hadkan pengambilan untuk elakkan dia muntah. Nafsu makan ada, tapi perut tak boleh terima..

Naqi... naqi..

Sunday, August 02, 2009

Selamat Pengantin Baru





Hari ini adikku no.2, Muhammad Shakirin telah selamat diijab kabulkan dengan isterinya, Ashila di Gombak.

Perkahwinan dirancang pada bulan Disember tetapi terpaksa diawalkan ke bulan Ogos sebelum hari graduasi KUITTHO ( sekarang dikenali sebagai UTHOM) atas sebab Ashila akan menjadi guru. Dengan itu dia tidak akan dihantar ke sekolah jauh diperdalaman. Nasib baik la adik aku tu dah sediakan duit untuk kahwin.

Sedih gak tak dpt join dengan askar2 memandangkan aku sekeluarga berada di UK. Tiket bukan lah murah. Tengok je la gambar dan skype.

Selamat Pengantin Baru....