Monday, September 28, 2009

Kurus?

Nampaknya berat badan Naqi dah semakin susut semenjak dia boleh meniarap. Paling ketara adalah pipinya.. kurang tembam lagi :(.. so kurang cute la..

Nanti aku add gambo sebelum dan selepas..

Sunday, September 27, 2009

Rumah Terbuka

Lega rasanya setelah bertungkus-lumus menganjurkan rumah terbuka rumah hari raya kami hari ini dari jam 2:30ptg hingga 8:00 mlm. Untuk kelainan, kami menyediakan menu istimewa - Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Hidangan sampingan pun ada; kek lapis keju, popiah goreng, jajan popiah salji, nasi impit bersama rendang (sumbangan Kak Zila) dan nuget ayam (sumbangan Kak Jaja).

Kami gunakan 3 'paste' (jumlah dlm 900 grm) yg memerlukan sebanyak 6 liter air dan 2 liter santan. Seperti yang di jangka, laksa kami habis dlm masa 3 jam. Apa taknya ada yang bertambah sehingga 3 kali. Mak pun dah pesan "jaga-jaga sikit hidang laksa sarawak, nanti cepat habis".

Sebab itulah kami sediakan Mee Kolok sebagai back-up. Sup daging pekat kami dah siap cuma tunggu tambah air je. Itu pun kami terpaksa buat sup daging sekali lagi dlm satu liter setengah. Nasib baik la ada daging lagi.

Alhamdulillah, semua lauk habis dan tak ada yang dibazirkan. Dalam kegembiraan hari ini, kami amat sedih kerana 'SATU GAMBA PUN TAKDE'!!!!.. Sabo je lah..

Friday, September 25, 2009

Kesian Naqiku Sayang

Alahai kesiannya Naqi, demam rupanya. Asyik merengek, mintak dukung dan muntah2. Dr Saiful pun pernah pesan, seeloknya demam dalam usia dia dlm 4 bulan supaya sistem pertahanan badan makin kuat.

Dalam hati rasa sebak dengan keadaan Naqi. Kebetulan jugak aku sibuk dengan projek seribu cucuk satay. Rasa bersalah pulak sebab tak menjalankan tugas sebagai ayah.. Sorry Naqi..

Wednesday, September 23, 2009

Guling... Menyiarap

Aidilfitri tahun ini kami terima hadiah istimewa dari Naqi.. Setelah sebulan setengah kami melatih dia guling dan meniarap, akhirnya dia berjaya melakukannya dengan sendiri.

Mak bapak siapalah tak gembira dengan perkembangan anaknya sendiri. :D. Cuma dia tak boleh baring semula dengan sendiri. Kesiannye sampaikan keluar hingus dan tak perlu kami paksa dia hembus hingus selsemanya..hehehehe

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya




Dah lama pulak tak update blog memandangkan terlampau sibuk.. Terutamanya persiapan raya. Ini adalah kali pertama kami beraya bertiga dan juga berjauhan dari keluarga tercinta.

Pertama kalinya juga kami melakukan persiapan hari raya dengan sendiri. Rendang daging, kuah satay, pulut kuning dan kek lapis. Nasi impit mintak dari Abang Lan (tukar juadah... strategi malas buat nasi impit sebenarnya). Rasa rindu pulak gotong-royong dengan keluarga. Kek lapis diserahkan kepada Poja.. kesian.. sampai migrain dibuatnya sebab sebelum ni dia setakat pembantu Kak Tona yg rajin buat kek.



Suasana hari raya di Belfast tidaklah semeriah tanahair. Cuma kami bernasib baik kerana komuniti kami yang kecik ini sangat rapat. Sudah tentu ziarah-menziarah sebagai satu amalan biasa yg tidak blh diluputkan. Duit raya sahaja takde tapi bagi aku lagi bagus sebab tak membebankan kita dan ekonomi pun tak menentu sekarang ni. Lagipun kebannyakkan komuniti ni pelajar...so paham2 je la ek.

Dengan ini kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat mak, bapak, adik beradik sekeluarga, sahabat handai, muslimin dan muslimat. Mohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan secara sengaja mahupun tidak.

Wednesday, September 09, 2009

Hancingnyeeerrr....

Sejak Naqi mula makan 'solid food', lampin dia mesti bau hancing (jawa kata 'pesing' tapi dlm bahasa melanau 'sengit').

Kalau buka selimut dia, semerbak menyengat macam org dewasa. Ye lah.. anak sedang membesar dan selera makan pun makin bertambah.

Tuesday, September 08, 2009

MOT lepas :)

Semalam kereta Daewoo kami lulus MOT lebih kurang seperti PUSPAKOM di Malaysia. Pemeriksaan wajib ini perlu diambil sebelum membuat 'road tax'. Tak sangka pulak kereta tu boleh lepas sebab signal ABS berbunyi, pastu tayar senget ke kiri dan byk lagi masalah kecik... Alhamdulillah.. mcm nak buat kenduri doa selamat je.. hehehehehe


Hampir setiap inci kenderaan diperiksa . Di stesen pemeriksaan tu.. semua muka cuak, kecut perut takut tak lepas. Dah la full test 30 pound, kalau tak lepas kene ambik retest - 18 pound. 'Repair' lagi, duit lagi. Kita tak boleh buat 'road tax' selagi takde MOT.

Yg bagus dengan MOT ni kita tau keselamatan kenderaan kita walaupun nampak je buruk. :)

Tuesday, September 01, 2009

Sky Diving

Hhhmmm.. cita-cita ayah nak Naqi belajar sky diving.. hehehe.. ayah nye pulak berlebih2

Memang seronok tgk Naqi buat aksi sky diving, tapi tangan ni lenguh mengangkat beban 7 kilo..