Sunday, September 27, 2009

Rumah Terbuka

Lega rasanya setelah bertungkus-lumus menganjurkan rumah terbuka rumah hari raya kami hari ini dari jam 2:30ptg hingga 8:00 mlm. Untuk kelainan, kami menyediakan menu istimewa - Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Hidangan sampingan pun ada; kek lapis keju, popiah goreng, jajan popiah salji, nasi impit bersama rendang (sumbangan Kak Zila) dan nuget ayam (sumbangan Kak Jaja).

Kami gunakan 3 'paste' (jumlah dlm 900 grm) yg memerlukan sebanyak 6 liter air dan 2 liter santan. Seperti yang di jangka, laksa kami habis dlm masa 3 jam. Apa taknya ada yang bertambah sehingga 3 kali. Mak pun dah pesan "jaga-jaga sikit hidang laksa sarawak, nanti cepat habis".

Sebab itulah kami sediakan Mee Kolok sebagai back-up. Sup daging pekat kami dah siap cuma tunggu tambah air je. Itu pun kami terpaksa buat sup daging sekali lagi dlm satu liter setengah. Nasib baik la ada daging lagi.

Alhamdulillah, semua lauk habis dan tak ada yang dibazirkan. Dalam kegembiraan hari ini, kami amat sedih kerana 'SATU GAMBA PUN TAKDE'!!!!.. Sabo je lah..

No comments: