Tuesday, October 13, 2009

Babysitting

Hari ini hari pertama aku babysitting anak Ramzan, Omar. Pertama kali aku menjaga anak orang (tidak termasuk sepupu-sepapat dan anak buah). Umur 4 tahun dan bersekolah di St. Bride. Waktu sekolah sepatutnya habis jam 3 ptg tetapi memandangkan dia baru sahaja masuk, secara perlahan waktu pulang dilewatkan setengah jam setiap minggu sehinggalah ke waktu yang sepatutnya. Buat masa ini dia pulang jam 11:30pagi.

Dengan sistem  ini kanak-kanak tidak la merasa 'culture shock' memandangkan usia masuk ke alam persekolahan adalah 4 tahun. Kalau tak silap aku pengambilan ke P1 (primary one) adalah pada bulan Julai. Pelik bukan?

Menjaga Omar tak la susah memandangkan dia sudah faham arahan. Sudah tentu Naqi pun suka ada orang melayannya dan Omar inginkan adik.

No comments: