Friday, October 30, 2009

Demam Lagi

Dah seminggu Naqi demam. Bukannya sepanjang masa, tapi 'on-off'. Paling kerap pun tgh mlm. Kesian dgn Naqi yg tak sedap badan dan ibu yg perlukan tidur yg cukup.

Dua mlm lepas, Kak Ann dtg rumah utk periksa Naqi. Kami cuma mintak pendapat dia melalui telefon je tapi dia nak jugak dtg untuk kepastian. Petang tu suhu dia 39.1 celcius; memang panas.Aku tuapkan kepala dia dgn kain lembab pun tak turun2. Kesian aku tgh si kecik ni lemah dan tak ceria mcm biasa.

Alhamdulillah Kak Ann ckp Naqi demam biasa je; takde 'lung infection', meninggitis atau alergy. Kami dinasihatkan bagi Naqi minum byk air kosong dan 'Nurofen'. Jam 9 mlm (dan masa tu Kak Ann masih lagi ada dirumah dgn pelbagai cerita) tetiba dengar suara Naqi 'bercakap', menandakan dia dah pulih. Matanya terbukak luas dan kakinya pulak tak berhenti menendang.

Sekarang ni (tgh hari) Naqi demam semula tapi tak sepanas sebelum ni. Cuma dia perlukan perhatian dan mintak didukung. Tak dapatlah aku masak tengah hari untuk Azmi. Mudah-mudahan Naqi sihat memandangkan aku ada banyak order mkn mlm  hari ni; Nasi Goreng Pattaya.

No comments: