Saturday, October 10, 2009

Belfast - London - Birmingham (30th Sept - 5th Oct)

Pertama kalinya kami menjejak kaki di kota London (tak termasuk kami transit di Heathrow untuk ke Belfast pada awal tahun ni). Nasib baik lah tiket Ryanair murah GBP 1 utk dewasa tetapi GBP20 utk bayi. Pegi balik tak sampai GBP50. Kira murah jugak tu.

Ingin juga tahu mcm mana perasaan di kota yang amat terkenal ini. Tapi objektif utama ke London adalah buat surat beranak dan juga pasport Naqi. Berdebar-debar juga rasanya, sejak melangkah keluar awal pagi jam 5 pagi dari rumah walaupun kelopak mata ni berat. Alhamdulillah Naqi tak meragam.


Hari Pertama


Sedapnyeerrr..


5 minit lagi tiba di Stanstead Airport


Nak amik keretapi ke Kota London




Amik tube ke Belgrave Square


Alamak ai.. mana jalannye ni sayang?



Dah jumpa pun Kedutaan Malaysia.. Lega..

Lebih kurang sejam untuk kami siapkan permohonan surat beranak dan juga pasport. Bila dah habis awal (11 pagi), banyak la masa yang terluang dan pasport hanya boleh diambil pd jam 3:30 ptg. Poja pun teringin nak cari Nandos.

Nasib baik la jumpa di 63 Westbourne Grove (http://www.zabihah.com/ds.php?id=992). Itu pun selepas sejam mencari dgn bas dan berjalan kaki. Poja dah hampir give-up. Bila dah jumpa, melantak 2 round.. Sabar je lah


Jumpa jugak akhirnya...



Tak ingat apa menu ni sebab dah lapar sangat


Jangan lupa bagi anak sendiri makan..

Selepas selesai ambil pasport, kami bergegas pulang. Dah letih sangat cuma ingat nak tidur je.. Kami menetap di Rumah Yayasan Sarawak. Rasanya tak ada yayasan negeri lain yang ada rumah di London. Dewasa GBP15 dan kanak-kanak GBP5 sehari. Memang selesa rasa dirumah sendiri. Bilik air dan dapur kongsi.








Hari ke-2

Kita nak pegi mana ni, Ayah?


Madam Tussauds



Mcm betul je bergamba ngan org diRaja.


amik ko.. kan dah kene tunjal mata tu..


Lamanye termenung.. tipu je tu..



kalau la Obama nak bergamba ngan aku..



Oxford Street.. Shopping heaven



Hari ke-3






Changing Guard Ceremony



Nasib baik ada pram


Big Ben dan bangunan Parlimen


Eye of London


Dpt juga jumpa restoran masakan Malaysia


Makan lagi.. takde kat Belfast ni (Subway Halal)


Hari ke-4

Bertolak 10:30 pagi dari Victoria Coach Station dan tiba di Birmingham jam 1:15 ptg. Setiba je di bandar Birm, rasa pelik tempatnya, mcm bercelaru sikit dgn conteng2 di dinding. Kalau di Belfast banyak 'mural'. Bilangan penduduk Birm dari Asia Barat dan Asia Tengah pun boleh dikatakan ramai. Pelajar Malaysia pun boleh tahan tak seperti Belfast.

Setiba di Birmingham, kami pergi dua buah rumah terbuka.. Pastu rehat rumah Wandy dan Mimah.. So takde aktiviti menarik..



Betolak ke Birmingham

Hari ke-5



Acara wajib - Carboot



Bull Ring




Bull Ring Shopping Centre.

Takde apa yang menarik sangat Birmingham ni. Rasa best lagi Belfast. Tak puas lagi nak ronda-ronda London. Ada banyak tempat lain lagi nak pegi sebenarnya seperti muzium dan galeri seni. Takpe.. ada masa lagi disini. Insyaallah, akan pergi lagi kalau ada rezeki.

1 comment:

fatrina said...

salam wbt

Nak tanya, mcm mane ek nk booking utk stay di rumah yayasan sarawak?

Ktk org Sarawak ka?