Wednesday, October 14, 2009

Hari pertama berniaga

Hari ini merupakan hari pertama aku masak takeaway untuk makan malam. Walaupun pesanan cuma 6 bungkus sahaja, bagi aku cukup puas. Biar la perlahan-lahan. Tak la aku terkejut nak masak bilangan yang banyak (tak termasuk masak untuk jamuan open house).

Menunya adalah nasi putih bersama kari ayam dan sayur campur. Harga GBP3. Adalah untung sikit dan dibahagikan kepada rakan kongsi. Mungkin disebabkan menunya tu takde 'UMPH'!!!, kurang dapat sambutan. Nampaknya perlu rancang strategi lain pulak.

Masak untuk bilangan yang kecil sebenarnya tak la penat, tetapi melayan Naqi tu menjadi kelam-kabut sikit. Si kecik ni macam tau je yang ayahnya nak masak untuk orang. Kalau masak untuk keluarga, takde pulak dia buat hal. Aku mula sahaja masak, dia pun mula merengek, mintak dokong, menyanyi dan bercerita. Nasib baik la ada Omar (anak kawan - aku babysit for couple weeks) yang boleh layan dia sekejap.

Sepuluh minit sebelum 5 ptg, aku dah siap masak. Rasa seronok selepas makanan dihantar.

1 comment:

umaisagu said...

curry abang sungguh sedap..:)..perfecto.. TQ coz tinggalkan skit buat makan malam kita.. Kuah nya sedap walaupun dah tinggal sikit.. Kira bersyukur juak walaupun pelanggan tak ramai for the 1st attempt.. yang penting kita mencuba & keseronokan berniaga :)..Ibu & Naqi always akan support ayah.. sowee la Naqi buat hal mungkin nak tolong ayah dia memasak kot..:)